7.8.08

Debat Dr Koh-Guan Eng 20 Ogos-MALAYSIAKINI

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan berdebat mngenai isu-isu semasa pada 20 Ogos ini.

Mereka pernah berdebat pada 10 tahun lalu ketika kedua-duanya merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.
Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama, debat anjuran portal berita, Agenda Daily itu akan dipanaskan dengan isu-isu semasa, terutama di Pulau Pinang.

Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lalu.
koh tsu koon 100907"Beliau (Koh) telah memutuskan sebentar tadi untuk mengadakan debat itu. Beliau sangat teruja untuk berhadapan dengan Lim, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP," katanya.

Katanya tarikh itu telah disahkan, tetapi belum lagi diketahui sama ada ditetapkan sebatang syarat lain.
"Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan itu bertindakbalas terhadap propaganda DAP," katanya.

Dokumen kes
"Kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising," katanya.
Baru-baru ini, Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mencabar Lim untuk berdebat mengenai dakwaan isu penyelewengan tanah jika Lim membuat cabaran secara rasmi.

Pada masa yang sama, Dr Koh berkata beliau mahu debat itu diadakan secara adil dan diadakan selepas mahkamah selesai mendengar kes itu.
Koh juga meminta semua fail dan dokumen mengenai kes itu yang disimpan di pejabat Ketua Menteri dan jabatan kerajaan negeri diubah status dan diberikan kepadanya untuk beliau bersedia menghadapi debat itu.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terkini hari ini, semua syarat seperti telah diketepikan untuk debat diadakan tidak lama lagi.
lim guan engSementara itu, Lim ketika dihubungi Bernama malam tadi, berharap Dr Koh tidak akan meletakkan sebarang syarat untuk debat pada 20 Ogos itu, dan berkata ia sepatutnya mengenai isu penyelewengan tanah di Pulau Pinang.

"Apa yang rakyat mahu tahu adalah berkenaan penyelewengan tanah. Jika anda mahu berdebat mengenai isu-isu lain, ia tidak mencapai matlamatnya," katanya.Sementara itu, editor Agenda Daily, Hanafiah Man memberitahu Bernama. debat tersebut akan berlangsung di Shah Alam, dan tempatnya akan diumumkan kemudian.

Katanya, debat tersebut juga akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen milik Kumpulan Media Prima.Hanafiah berkata, ia akan menyentuh pelbagai isu semasa dengan menumpukan kepada isu di Pulau Pinang, termasuk isu "kontroversi penipuan tanah" yang sedang dibicarakan di mahkamah."Kedua-dua pihak bersetuju dengan lokasi itu (Shah Alam). Mereka bersetuju yang debat itu diadakan dalam Bahasa Malaysia, berdasarkan format debat presiden AS dan Datuk Johan Jaafar sebagai perantaranya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih belum mencapai kata sepakat mengenai tajuk debat itu walaupun mereka bersetuju yang topiknya ada mengenai isu semasa dan berkaitan Pulau Pinang, katanya.Sementara itu, seorang pembantu khas Dr Koh memberitahu Bernama bahawa bekas ketua menteri Pulau Pinang itu bersetuju dengan desakan Lim supaya "isu penipuan tanah" itu dimasukkan dalam debat itu.

"Ini bermakna mereka boleh bincangkan apa juga isu semasa termasuk isu tanah. Ini merupakan pendirian terkini Gerakan," kata pembantu khas itu.
Bulan lalu, Agenda Daily menganjurkan debat terbuka antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu minyak di Dewan Bahasa dan Pustaka.

4 comments:

Nostradamus said...

Q22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction)
Cuma Barisan Nasional (BN) boleh mentadbir/memerintah Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q23. Only UMNO can take care of Malaysian Malay’s and other Bumiputeras interest. (Fact or Fiction)
Cuma UMNO boleh menjaga kepentingan rakyat Melayu Malaysia dan lain-lain Bumiputera. (Fakta atau Rekaan)

Q24. Only MCA can take care of Malaysian Chinese’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma MCA boleh menjaga kepentingan rakyat Cina Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q25. Only MIC can take care of Malaysian Indian’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma MIC boleh menjaga kepentingan rakyat India Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q26. Only Gerakan can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma Gerakan boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q27. Only PKR can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma PKR boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma PAS boleh menjaga kepentingan orang Muslim. (Fakta atau Rekaan)

Q29. Only Hindraf can take care of Hindu’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma Hindraf boleh menjaga kepentingan orang Hindu. (Fakta atau Rekaan)

..........cont’d to Q 50.
..........sambungan sahingga Soalan 50.

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

tan, tanjong bungah said...

Hi everyone,

I hope that during this debate the issue on the Pg Turf Club land and the allocation of land by the PDC at the Batu Kawan end of the Second Pg Bridge would also be given attention, especially the chronology/timing on the allocation of this big piece land by PDC to the private enterprise as stated by a blogger Anilleto.

Anonymous said...

Diese Frage wird nicht besprochen. viagra nebenwirkungen bluthochdruck viagra preis [url=http//t7-isis.org]cialis online kaufen[/url]

Anonymous said...

no prescription xanax causes xanax withdrawal xanax withdrawal - xanax vs klonopin