23.8.08

Rakyat jadi 'kingmaker'-MALAYSIAKINI

DARI DEPAN

Menurut Lim lagi, penglibatan kaum India, golongan wanita dan golongan muda, telah meningkat dalam parti itu. Beliau berkata, prestasi mereka di negeri itu akan menjadi kayu pengukur untuk mencapai hasrat tersebut.Lim juga berkata bahawa DAP tidak berminat menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan.

“Hanya rakyat 'kingmaker'. Kita hanya mahu menjadi pemangkin untuk perubahan dan berkhidmat untuk rakyat berdasarkan prinsip CAT,” katanya Lim. Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu."Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.

Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah.

dap 14th congress 230808 guan eng vote“Bagi kami, hanya rakyat 'kingmaker', bukan parti politik,” katanya. Beliau turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'chai tan' (senarai calon pilihan). Kongres kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Minta PAS realistik

“Biar perwakilan yang tentukannya,” kata Lim. Lim turut diminta mengulas penurunan harga petrol sebanyak 15 sen yang dikuatkuasakan hari ini.Beliau percaya langkah menurun harga petrol lebih awal dari tarikh sepatutnya (1 September) ada kaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Selesa depan.

dap 14th congress 230808 karpalSementara itu, Pengerusi Agung DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Beliau berharap PAS – sebuah lagi rakan dalam Pakatan – supaya bersikap realistik.

Bagaimanapun, kata Karpal, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati.
Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP,” katanya ketika berucap di kongres tersebut.

SEMANGAT 99-UNTUK PETUGAS DAN PENDUDUK PERMATANG PAUH

No comments: