15.8.08

Dr Koh Tsu Koon- Saya dinafi rujuk fail-MALAYSIAKINI

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sengaja tidak membenarkannya merujuk kepada dokumen-dokumen penting yang dimintanya sebagai membuat persedian menghadapi debat antara mereka Rabu depan.

Pada 12 Ogos lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dan Lim bersetuju mengadakan debat terbuka itu berhubung isu tanah di negeri itu, yang dijangka disiarkan secara langsung. Ia dianjurkan oleh AgendaDaily.com.Dr Koh juga meminta semua fail dan dokumen mengenai kes itu yang disimpan di pejabat Ketua Menteri dan jabatan kerajaan negeri diubah status dan diberikan kepadanya untuk beliau bersedia menghadapi debat itu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Koh berkata, dokumen sulit yang diluluskan Lim untuk rujukannya "terlalu minima dan tidak bermakna.Beliau sengaja tidak membenarkan saya merujuk kepada banyak dokumen penting yang saya minta.Ini jelas melanggar prinsip keadilan dan kebebasan maklumat seperti yang diperjuangkan oleh Lim dan kerajaannya yang didakwa (mengamalkan) CAT (cekap, bertanggungjawab dan telus)," kata Dr Koh lagi.
Oleh itu, tegasnya, beliau telah memutuskan untuk tidak menerima langsung tawaran Lim untuk merujuk kepada dokumen-dokumen tersebut.Maklumat minima

"Ini kerana maklumat minima seperti itu tidak membantu menambah apa yang saya sudah tahu, mengenai keputusan-keputusan (mesyuarat) exco kerajaan sebelumnya," katanya.Oleh itu, katanya, beliau bakal menghadapi debat yang disiar secara langsung itu tanpa dapat merujuk kepada dokumen-dokumen yang dimintanya itu.

koh tsu koon 100907Dr Koh berkata, dalam jawapan terhadap permohonannya (melalui bekas setiausaha politiknya), setiausaha politik Lim berkata beliau hanya membenarkan saya merujuk kepada minit-minit (mesyuarat) exco negeri, yang relevan dan beberapa surat mengenai apa yang disebut kes-kes “twin land".

"Beliau enggan membenarkan saya merujuk kepada minit-minit (mesyuarat) Jawatankuasa Tanah dan kertas siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), laporan dan dokumen kepada exco dan Jawatankuasa Tanah, serta nota-nota mengenai perbincangan dan keputusan penting berhubung tindakan undang-undang yang diambil oleh Tang Hak Ju, laporan dan usaha pentadbiran sebelum ini untuk mengetatkan proses dan prosedur kelulusan tanah, dan lain-lain.

"Turut mengecewakan ialah saya hanya dibolehkan melihat minit-minit (mesyuarat) exco pada petang Isnin (18 Ogos) - dua hari sebelum tarikh debat itu diadakan (20 Ogos), walaupun saya telah meminta supaya saya dibenarkan melihat dokumen itu hari ini (15 Ogos)," katanya.

Dr Koh juga berkata, beliau tidak mahu mengapa mereka mengambil masa yang begitu lama hanya untuk memberi minit-minit (mesyuarat) exco tersebut.Kedudukan 'lemah'"Di bawah pentadbiran saya, semua minit (mesyuarat) exco bagi tempoh lebih 10 tahun lalu, telah dimasukkan ke dalam komputer dan telah dikategorikan. Mereka boleh mendapatkannya dan mencetaknya dari komputer dalam masa yang singkat," tambahnya.

Dr Koh berkata, dengan menafikannya daripada mendapatkanlim guan eng maklumat penuh dari dokumen-dokumen yang relevan, maka Lim (foto) telah meletakkannya dalam kedudukan yang "lemah" untuk menghadapi debat tersebut.

"Tambahan pula, Lim hanya membenarkan saya seorang sahaja untuk menyemak fail-fail di bilik yang ditetapkan walaupun saya telah memohon supaya beberapa bekas rakan exco saya dibenar membantu saya."Sebaliknya, Lim boleh meminta rakan-rakan exconya, penasihatnya serta pegawa atau setiausahanya untuk membantunya membuat persediaan (untuk debat tersebut)," tambahnya.

Dr Koh berkata, ekoran sekatan-sekatan yang dikenakan terhadapnya itu, maka debat tersebut bukan lagi merupakan satu 'padang yang sama rata'."Walaupun wujud keadaan yang tidak adil seumpama itu, saya tetap bersedia menyambut cabaran untuk berdepan dengan Lim, yang akan disiarkan secara langsung Rabu depan," katanya.

3 comments:

Nostradamus said...

Permatang Pauh Voters decide for Nation? - Appeal by Nostradamus.
Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara? – Rayuan oleh Nostradamus.

1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for? (Man of Honour)
Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa? (Man of Honour)

2. 50 Questions to test your Conscience at www.patek1472.wordpress.com
50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di www.patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

sila lihat blog http:/penjualubat.wordpress.com, ada yang menggelarkan guan eng mat sabu dap.

BARISAN RAKYAT said...

ok .tq