Yang paling teruja bila sesi kesimpulan debat yang diminta oleh pengerusi supaya digulung oleh mereka dalam masa 4 minit dimulai dengan Lim Guan Eng.
Apa yang ditekankan oleh Guang Eng adalah menyeru rakyat menyokong kerajaan baru yang mementingkan kebajikan rakyat semata-mata bukan untuk orang atas dan individu tetapi tumpuan mestilah kepada keadilan kepada semua rakyat tanpa memilih bulu.
Dia memberikan prinsip-prinsip yang perlu diikut antaranya keadilan dan “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” yang membuatkan pengerusi pun kelihatan terkejut dengan kenyataan berani Guan Eng.
Apa yang saya ingin sebut bahawa jika sebelum ini kita sudah mendengar kata-kata Guan Eng yang ingin melaksanakan pemerintahan menurut cara Khalifah Umar Abdul Aziz dan sekarang dibuktikan dengan kata-katanya semalam bahawa dia akan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam pemerintahannya.
Dengan erti kata dia akan menyuruh rakyat melakukan benda-benda baik dan menegah daripada membuat perkara yang tidak betul dan salah. Prinsip ini sebenarnya memerlukan penghayatan dan syarat-syarat yang perlu diterapkan ketika mengamalkannya dan tidak boleh seseorang hanya sewenang-wenang berkata tetapi tidak membuat apa yang diperkatakan.
Abul-Laits berkata: “Seorang yang akan menjalankan amar maruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu:
Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti maruf dan mungkar
Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kerana agama Allah s.w.t.
Kasih sayang kepada yang dinasihati, dengan lunak dan ramah tamah dan jangan menggunakan kekerasan sebab Allah s.w.t. telah berpesan keppada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. supaya berlaku lunak kepada Fir’aun
Sabar dan tenang, sebab Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: “Wa’mur bil ma’rufi wanha anilmunkar wash bir ala maa ashabaka.” Yang bermaksud: “Anjurkan kebaikan dan cegahlah yang mungkar dan sabarlah terhadap segala penderitaanmu.”
Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dicemuh orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada ayat yang berbunyi: “Ata’murunannasa bil-birri watansauna anfusakum.” Yang bermaksud: “Apakah kamu menganjurkan kebaikan kepada orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri.”
Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Ketika malam isra’ saya melihat orang-orang yang digunting bibirnya dengan gunting dan ketika aku bertanya pada Jibril: Siapakah mereka itu, ya Jibril? Jawabnya: Mereka pemimpin-pemimpin dari ummatmu yang menganjurkan orang lain berbuat baik tetapi lupa pada diri sendiri, padahal mereka membaca kitab Allah s.w.t. tetapi mereka tidak memperhatikan dan mengamalkannya.“
Kita tahu bahawa Guan Eng seorang non-muslim dan kita berdoa semoga dia akan menerima hidayah daripada Allah S.W.T. Orang bukan Islam lebih sukakan sistem Islam berbanding dengan orang Islam sendiri. Macamana ye?
No comments:
Post a Comment