26.5.08

Dua Watak Berbeza Antara Lim Guan Eng Dan Si JAWI

LIM Guan Eng apabila menaiki takhta Ketua Menteri Pulau Pinang, pelbagai insentif yang diberikan kepada rakyat Pulau Pinang.
Bahkan beliau menegaskan untuk melaksanakan pemerintahan seadil Umar Abdul Aziz. Beliau juga amat prihatin dengan pembangunan modal insan lantas mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA kepada RM 600.00.
Guru-guru KAFA tersenyum dan bersemangat di atas penghargaan dari seorang KAFIR tetapi berimankan Umar Abdul Aziz di hatinya.

Namun si JAWI ni (RUMI jer lah) d itengah semua orang nak muhasabah dan memperbaiki semula keadaan negara ini kepada yang lebih adil, mesra rakyat dan pelbagai aktiviti membangunkan modal insan, si JAWI ni pulak buat hal, angin tak ader apa tak ader...
Si JAWI ni memotong elaun 59 orang guru KAFA selamanya, dengan alasan 59 orang guru-guru ni dah tua.
Dah lebih 61 tahun… mereka yang dah tua ni ditamatkan pemberian.

Si JAWI bukan tak tahu yang semua guru ni kena buat medical check up setiap tahun, kalau memang dah tak layak sebab uzur okeylah.
Tapi kalau dah periksa dan disahkan masih boleh berkhidmat apasal lak Si JAWI ni nak buang dia orang.
Inilah balasan kepada Guru-guru KAFA yang dhaif ni. Bulan ni orang sambut hari guru, maka disanjungilah mereka yang berjasa ini, terutamanya mereka ni lah yang mengenalkan huruf alif, ba, ta pada bebudak di flat-flat yang terdedah kepada pelbagai gejala social.
Berapa ramai yang akan terabai? Katakan sorang guru ada 50 murid…?

Memang mereka dibenarkan terus mengajar dengan melakukan kutipan bulanan kepada ibubapa.
Tetapi nak bagi tau kat si JAWI ni tak semua mak bapak yang bayar walaupun RM10 sebulan. Ini realiti yang dihadapi guru-guru tersebut.
Apalah yang Si JAWI ni berkira sangat dengan RM 500 sebulan nak bagi pada guru-guru ni yang dah sudi mengajar anak bangsa tanpa mengenal penat lelah dengan bayaran adusss… RM 500 jer elaun sebulan.
Berkira sangat kau yer JAWI…

Nak bagitau sikit kat kau ni JAWI. Mai dekat-dekat sikit. Guru-guru ni bukannya duduk rumah bulan-bulan duit masuk macam bantuan yang dibagi Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tapi guru-guru ni, mereka curahkan 4 jam sehari dengan pelbagai laporan yang perlu dibuat dan seminar yang korang paksa rela guru-guru ni pergi. Barulah dapat RM 500.
Bila buat program hadhari, tak der siapa nak datang, maka guru-guru ni jugalah yang kena memenuhkan kerusi, korang pun tulis laporan seminar yang ada Had-hari tu berjaya.
Dah kau gunakan guru-guru ni sepuasnya. Bila agak tak perlu, kau kata mereka dah tua tak perlu mengajar lagi dan tamatkan elaun.

Tergamak Si JAWI ni , saat si KAFIR Lim Guan Eng menaikkan elaun guru KAFA, saat orang menyambut hari guru, si JAWI ni taruk taik pada periuk nasi guru-guru yang mulia ni.
Kalu nak ikut mereka ni lah yang paling banyak pahalanya sebab mengajar ilmu basic pada budak-budak dan bebudak ni akan amal sampai mati.
Persatuan guru-guru ni dah hantar memorandum pada Pak Menteri Zahid Hamidi, namun zaman had-hari nak tumbang ni pak menteri pun taring dah tercabut.
Zahid keluarkan arahan boleh dilanjutkan perkhidmatan guru-guru ni sehingga umur 70 tahun. Semua guru-guru ni lega... Tapi lega tak lama...

Memang Si JAWI ni bukan takat samseng kat guru-guru KAFA ni jer, tapi masa majlis meraikan penamatan guru-guru ni disebuah hotel pada 20hb Mei, Si JAWI ni bagitau yang arahan pak menteri bagi memang senang, tetapi mereka hanya akan mampu melaksanakannya dalam tempoh setahun...
Punya lambat dan lembab macam siput BABI... bodoh tahap cipan yang diberi ialah: nak kena mesyuarat pelbagai dan macam-macam perkara nak buat balik semula.
Tak yah sebutlah, memang dah ada pihak yang dibayar gaji buat keje tu... buat jer lah arahan menteri tu.
Si JAWI ni kalau nak settle masalah kecik macam ni pun ambik setahun…patutlah Belakang Mati / lorong Haji Taib tu dari aku kecik sampai sekarang tak selesai... masalah pondan, zina dll. Memang lembab macam siput BABI betul...

Sedarlah sikit si JAWI oii! Amanah yang kau pegang tu banyak… Bila ada orang nak tolong jangan tamatkan elaun mereka.
Kalau tak malu kat Lim Guan Eng yang kafir tu pun, malulah sikit kat Allah. Dah lah banyak benda amanah memajukan Islam ni engkau tak mampu nak selesaikan kat KL ni.
Ya Allah… Ya Fattah… Bukakanlah mata hati Si JAWI ni.
TMJ: sanggahtoksago.com

3 comments:

Zakaria Hamzah said...
This comment has been removed by the author.
Zakaria Hamzah said...

Merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang berkaitan isu hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Islam dalam The Sun 16 Jun 2008, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang merasakan beliau perlu lebih teliti dan berhati-hati mengeluarkan kenyataan akhbar dan pendapat.

Sekiranya benar beliau berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan beliau juga dalam kenyataan yang sama, beliau perlu menilai dan bersikap beradab dengan Parti Islam Semalaysia PAS terutama dalam membicarakan soal perinsip.

Ramai yang berkata PAS hanya berani bercakap soal hukum dan dasar pemerintahan Islamnya hanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat sedangkan semasa berkempen berselindung di balik manifesto negara berkebajikan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang ingin mengingatkan kepada beliau bahawa dasar dan asas PAS dalam berpolitik adalah jelas dan tuntas tanpa berubah sedikitpun.

Adapun diisytihar atau tidak hasrat PAS untuk menghapuskan kemungkaran dan membina masyarakat yang adil harmoni adalah matlamat PAS berasaskan Al quran dan Sunnah.

Beliau secara bersahaja berkata,“ We have already made it clear that we are going to be fair to everyone regardless of race, gender, religion or political background”. “As far as we know Penang PAS has not made any request on this matter. It was never raised, never discussed, so it does not arise” Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menganggap kenyataan ini sebagai kurang sopan kerana pihak kami telah mengemukakan hasrat untuk mengunjungi Ketua Menteri seawal bulan Mac lagi untuk berbincang berkaitan isu polisi dan dasar PAS bagi mengukuhkan hubungan antara parti, tetapi dukacitanya sehingga kini pihak pejabat Ketua Menteri gagal memberi tarikh untuk kami berjumpa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengutus surat kepada Pejabat Guan Eng bertarikh 28 Mac 2008 dan menerima maklumbalas dari Pejabat Ketua Menteri itu bertarikh 17 April 2008 yang mengaku untuk menetapkan tarikh pertemuan, namun Guan Eng gagal memberi tarikh untuk kami bersemuka.

Perjumpaan yang diingini adalah perjumpaan antara parti dan bukannya rakyat bertemu Ketua Menteri. Malah Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang turut terkejut apabila beliau menyatakan bahawa PAS Pulau Pinang tidak pernah membangkitkan isu pengharaman arak, judi dan sebagainya terhadap orang Islam.

“ PAS Penang has not even raised that issue. Even talk about wanting to ban the 4D outlets- it is not going to happen. You want me to reduce the number of draws maybe because you may find that there are too many draws but close down? No Way ! These are just voices on the margin. I think we should ignore them” ( The star 18 jun 2008 )

Kalau nak berjumpa pun beliau tidak mahu bagaimana kami boleh membangkitkan hasrat ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menyelar tindakan Ketua Menteri ini sebagai sikap yang tidak sensitif dengan dasar dan perjuangan anggota Pakatan Rakyat yang berjuang untuk kemenangan bersama pada PRU yang lepas. Guan Eng mengaku hendak berlaku adil kepada semua agama tetapi selalunya orang seperti Guan Eng ini, tidak akan mempedulikan Islam serta menghina dasar Islam PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang juga memberi peringatan kepada Guan Eng agar jangan membidas usaha penegakkan Negara Islam kerana ini hanya akan memburukan hubungan antara PAS dan DAP di negeri ini.

Guan Eng juga di ingatkan agar jangan memaksa umat Islam untuk mengikut apa yang beliau percaya iaitu semua agama adalah sama dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menentang sebarang usaha beliau untuk mempropagandakan fahaman beliau, malah kami juga menentang penubuhan Inter Relegious Goodwill Council (IRGC) kalau bermatlamatkan fahaman Ketua Menteri itu yang bercanggah dengan kesucian Islam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang hairan kenapa Guan Eng suka sangat menyentuh sensitiviti umat Islam serta menasihatkan Guan Eng agar jangan menyentuhnya lagi, malah dengan besar hati menyeru Guan Eng untuk kembali kepada Islam.

MOHAMED HAFIZ BIN MOHAMED NORDIN
KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG"

Kaiser said...

boleh percaya ke si lim guan Eng ni, Umar abd Aziz dijadikan ikutan, bila dah DAP dapat perintah Malaysia, nanti jadi macam Singapore,orang Melayu semua duduk dikelas 'ketiga'.Nak tengok juga cara pemerintahan, sekarang wira rakyat,takut kemudian penyusah rakyat.