22.9.08

Serambi Mekah di bawah Lim Guan Eng-malaysiakini

Oleh W.Fauzdin NS-tko

 Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN. Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon. Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang.

Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang. Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng. Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu Di P.Pinang setelah sekian lama menjadi `budak suruhan' dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini.

Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya. Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Mula pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.

Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu. Malang sekali, propaganda mereka ternyata gagal lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR saling bekerjasama dan mempertahankan bentuk pentadbiran Lim Guan Eng.

Saya percaya sekiranya Lim Guan Eng berterusan sedemikian, maka impian UMNO/BN untuk menawan kembali P.Pinang agak sukar dicapai. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerjasama dan buah fikiran yang berguna kepada kepimpinan P.Pinang sekarang. Kita harus bersyukur kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat kini telah diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah beberapa negeri.

Meskipun masih terlalu muda dan awal untuk menilai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, namun kita telah mula dapat melihat betapa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri masing-masing jauh lebih baik dari UMNO/BN.

Mudah-mudahan ketelusan dan keadilan kepada rakyat yang dipraktikkan oleh Lim Guan Eng akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kerajaan negeri. Di samping itu, ketelusan dan keadilan yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini akan mampu dijadikan panduan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka di masa-masa akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

Lets Abolish ISA = IKUT SUKA AKU!!!

Lets see the news...

A Step To Abolish ISA By 18 people

clear conscience said...

YAB Guan Eng

Please migrate your blogger blog to wordpress for security reasons.

All blogs at Blogger.com is subject to Blogger.com's terms and conditions and can be flagged if anyone complains about various abuses by you. Please see those abuses that will render your blog at Bloggers.com be flagged off.

You see there is a Flag button at the top of your blog title.

Also, you should back up your blog contents

8431 said...
This comment has been removed by the author.
8431 said...

semoga tuan, keluarga, keturunan dan ummat bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

hidden 'feelings and attitude' dari gambar ini hampir-hampir 'membunuh dan menghancurkan' hati dan jiwa saya.

bertuahlah 'selcted one' yang terlibat..

http://3.bp.blogspot.com/_SU8Jq8WfOok/SNnoNjJloBI/AAAAAAAABFI/daRvvd6K-i8/s1600-h/a1.jpg

sedikit perkongsian:

untuk menguatkan 'kekuatan' tali antara pemimpin dan yang dipimpin:

1. didalam hasrat menzahirkan atau menegujudkan yang hak, adil dan tanggungjawab, janganlah dicampurkan dengan bathil, keburukan.

2. yang bathil dan buruk akan musnah [lenyap] melalui kebenaran dan amal soleh.
contoh:
cahaya dari satu lilin mampu menerangkan sebuah bilik yang gelap. Kenapa mesti gunakan 'kapak' bagi membuka atap atau dinding bilik yang gelap itu.

3. matahari dengan segala 'sifat taat dan patuh' terus menyinari alam ini walaupun ada atap, payung, gunung, bangunan..

mustaffa ali ibrahim

p.s.
posting ini tidak perlu disiar atau boleh di edit.

damnjohn said...

i don't see any impact of veto 3/2 majority of barisan nasional.still barang naik. the tol is still remain there.and u're endlessly blame the previous penang goverment policy and the transparency.are u opposed strongly and held the demonstration against our goverment make the huge profit from petrol by imposed the higher price than world market.abolish ISA is none of the concern to malaysian.people concern economic.ISA is your politican agenda.not us.we vote for u.and we can take away our support to you.i don't care ISA as long as goverment that effective.keep progressive.jiwa rakyat!