Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts

8.8.10

Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA-malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

"Negara Islam Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator," tambahnya.

Menurut Lim, apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men

urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap.

Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

12.9.08

Sin Chew journalist arrested

BREAKING NEWS! Sin Chew Daily journalist Tan Hoon Cheng has been arrested today at 8.30pm at her home in Bukit Mertajam, Penang.

29.7.08

DAP will back Anwar all the way to Parliament

Lim Guan Eng says the PKR de facto leader is vital for the future development of the Malaysian political and democratic system.MORE

28.7.08

Wakil BN terkejut p'gulungan Lim

Wakil BN terkejut p'gulungan Lim
Jul 28, 08 4:24pm
Wakil-wakil BN terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ketua menteri Pulau Pinang apabila mendahului sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tindakan Lim Guan Eng itu menarik perhatian ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang menganggap amalan itu "luar biasa" kerana pada sesi-sesi penggulungan kerajaan sebelumnya didahului oleh anggota-anggota exco.

"Saya minta penjelasan daripada yang amat berhormat ketua menteri dengan perubahan amalan ini kerana saya terkejut sebab biasanya sesi penggulungan akan dimulakan oleh exco manakala ketua menteri selalunya mengambil giliran terakhir," katanya ketika Lim baru memulakan ucapan penggulungan pagi tadi.

Menurut Bernama, Lim berkata perubahan itu tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.

"Mungkin ketua pembangkang tidak biasa dengan amalan ini kerana ada negeri yang ketua menteri atau menteri besar jawab untuk semua," katanya.

Semasa penggulungan Lim itu, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) membangkitkan kenyataan yang dianggapnya negatif oleh ketua pegawai eksekutif InvestPenang, Datuk Lee Kah Choon, mengenai keadaan pelaburan di negeri itu.

Menurut wakil rakyat itu, kenyataan Lee memberi gambaran bahawa negeri itu berdepan dengan krisis pelaburan dari dalam dan luar negara.

Beliau mencadangkan, Lee memberi kenyataan positif mengenai iklim pelaburan Pulau Pinang bersesuaian dengan kedudukannya dalam InvestPenang dan tidak membangkitkan perkara negatif.

Lee, dulunya timbalan setiausaha agung Gerakan, menimbulkan kegemparan apabila menerima tawaran kerajaan negeri pimpinan DAP untuk memegang jawatan itu - beliau kemudian dipecat daripada Gerakan.

24.7.08

LIM GUAN ENG MATANG BERPOLITIK

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP harus dipuji kerana beliau jelas matang berpolitik. Tidak ada syak dan prasangka yang dilemparkan oleh Guan Eng terhadap tindakan PAS bertemu dan berbincang dengan Umno. Sikap terbuka beliau ini harus dicontohi oleh semua pimpinan parti politik supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian terhadap apa juga masalah yang berlaku di dalam negara kita.
Lim dalam kenyataannya kepada Bernama menyatakan bahawa Muzakarah antara Umno dan PAS tidak akan menjejaskan hubungan dan perpaduan partiparti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata tiada sebab untuk DAP atau Pakatan Rakyat merasa bimbang atau terjejas dengan perbincangan antara PAS dan Umno itu.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, boleh dan berhak untuk berjumpa atau mengadakan perbincangan dengan sesiapa sahaja dan ia bukan perkara yang luar biasa.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sendiri pernah menemui Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan.

Katanya Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang hanya menyentuh satu kaum sahaja tetapi mahu memperjuangkan perpaduan keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, katanya, jika Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan MCA atau Gerakan, ia tidak akan tertumpu kepada isu masyarakat Cina sahaja tetapi lebih kepada isu bangsa Malaysia.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk memberi pengiktarafan termasuk elaun khas kepada Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lim berkata beliau telah meminta Penasihat Undang-undang untuk menguruskan sebarang pindaan undang-undang yang diperlukan dan ia dijangka siap menjelang persidangan DUN akan datang.

"Kita rasa wajar Ketua Pembangkang diberi pengiktarafan sesuai dengan kedudukannya itu," katanya.
Jelas sekali beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan tidak cepat membuat kesimpulan. Kita sememangnya mahu melahirkan pemimpin yang semacam ini yang terbuka dan boleh dibawa berbincang. Tidak seperti pemimpin Umno yang selalu melarikan diri bila diajak berbincang. Hatta untuk menerima memo bantahan sekalipun mereka tidak berani.
Pemimpin Umno dan parti komponen BN yang lain juga jarang sekali bersikap terbuka dan berani kerana benar. Seringkali kalau mereka dijemput untuk berforum atau berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat mereka melarikan diri.
Malah seringkali juga rakyat berputih dalam program-program dialog dengan pemimpin BN yang tidak berani bersemuka dengan rakyat.
Ayuh wahai pemimpin-pemimpin politik mari kita berpolitik secara moden, terbuka, berjiwa besar dan rasional. Jangan kita egoistik, sombong, bongkak, bacul, penakut dan bangga diri.

dari:mutarligat