Homestay Pak Lang Temerloh :::::::http://paklangtemerloh.blogspot.com/
24.8.08
Naib pengerusi DAP yang baru-malaysiakini
Tunku Abdul Aziz merupakan bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI).DAP hari ini memperkenalkan barisan baru pimpinan tertinggi parti itu melibatkan 10 lantikan baru bagi mengisi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) di samping 20 ahli yang dipilih semalam.
Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat pertama CEC semalam, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan EngSelain Tunku Abdul Aziz, Teresa Kok yang sebelum ini menjadi setiausaha publisiti turut dilantik berganding dengan M Kula Segaran dan Chow Kon Yeow.Guan Eng dalam sidang media selepas itu ditanya sama ada barisan CEC baru itu merupakan pasukan impiannya.
"Ini adalah kehendak perwakilan. Hanya ada satu pasukan dalam DAP iaitu roket (semua ahli DAP)," katanya.Menjawab soalan wartawan, beliau menafikan lantikan Tunku Abdul Aziz bukan bertujuan menyediakan calon menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September.
Tunku Abdul Aziz yang semalam pertama kali mengisi borang parti politik berkata beliau memilih DAP sebagai parti tidak berasaskan kaum itu paling konsisten dan bekerja keras memperjuangkan ketelusan, keadilan dan menolak penyalahgunaan kuasa berbanding parti lain."Tiada wang dalam DAP. Ada yang kata saya dibeli, ada kontrak menunggu. Parti ini disertai kerana prinsip-prinsip asas kita," katanya.
Ditanya kenapa bukan PKR, kerana ideologi kedua-dua parti itu hampir sama, Tunku berkata:“Saya lebih selesa dengan DAP.”Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berharap dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz, lebah ramai golongan bukan Melayu menyertai parti itu.
Veteren DAP, Lim Kit Siang dan penasihat parti, Dr Chen Ma Hin juga menerima baik lantikan Tunku dan barisan baru CEC DAP.Dr Ma Hin diminta mengulas Kit Siang yang tidak tersenarai dalam mana-mana jawatan parti.Beliau berkata, pemimpin veteren itu tetap mempunyai peranan besar dalam parti walaupun tidak dilantik memegang sebarang jawatan rasmi.
“Beliau boleh jadi setiausaha agung, pengerui, apa saja. Dia adalah pemimpin yang penting. Dia tidak perlu jadi pemimpin rasmi,” katanya.
23.8.08
Rakyat jadi 'kingmaker'-MALAYSIAKINI
Menurut Lim lagi, penglibatan kaum India, golongan wanita dan golongan muda, telah meningkat dalam parti itu. Beliau berkata, prestasi mereka di negeri itu akan menjadi kayu pengukur untuk mencapai hasrat tersebut.Lim juga berkata bahawa DAP tidak berminat menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan.
“Hanya rakyat 'kingmaker'. Kita hanya mahu menjadi pemangkin untuk perubahan dan berkhidmat untuk rakyat berdasarkan prinsip CAT,” katanya Lim. Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu."Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.
Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah.“Bagi kami, hanya rakyat 'kingmaker', bukan parti politik,” katanya. Beliau turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'chai tan' (senarai calon pilihan). Kongres kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.
Minta PAS realistik
“Biar perwakilan yang tentukannya,” kata Lim. Lim turut diminta mengulas penurunan harga petrol sebanyak 15 sen yang dikuatkuasakan hari ini.Beliau percaya langkah menurun harga petrol lebih awal dari tarikh sepatutnya (1 September) ada kaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Selesa depan.Sementara itu, Pengerusi Agung DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Beliau berharap PAS – sebuah lagi rakan dalam Pakatan – supaya bersikap realistik.
Bagaimanapun, kata Karpal, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati.
“Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP,” katanya ketika berucap di kongres tersebut.
11.8.08
Tindakan buat ahli Pakatan ganggu forum-MALAYSIAKINI
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga mendakwa kenyataan timbalan perdana menteri berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot."
Beliau berkata, ugutan Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan tindakan terdesak."Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.