7.5.09

Guan Eng Nafi Wujud Perbalahan Dengan Anwar

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Media arus perdana melaporkan kononnya Anwar mahu menamakan pemenang Pilihan Raya Kecil N12 Penanti sebagai Timbalan Ketua Menteri (I) – tanpa merujuk kepada Guan Eng.

Guan Eng menafikan ‘media spin’ itu dan berkata Anwar tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara perlantikan.

“Sudahkan Anwar membuat pengumuman rasmi mengenainya?” soal Guan Eng kepada media.

“Saya fikir Anwar belum lagi membuat keputusan rasmi mengenai hal itu. Lagipun kita masih lagi menunggu apakah Penanti akan dipertandingkan atau tidak,” tambah beliau.

Setiausaha Agung DAP itu turut menyifatkan laporan itu sebagai spekulasi semata-mata, dan berharap media lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Guan Eng bercakap kepada media selepas menghadiri forum kesamarataan jantina anjuran Wanita DAP di Kuala Lumpur hari ini

Sebelum ini, arus media perdana cuba melagakan dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut berhubung isu perletakan jawatan Fairus sebagai Adun Penanti.

Isu itu bagaimanapun diselesaikan dalam semangat permuafakatan di antara dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat selepas Anwar memohon maaf baru-baru ini.

Ada media berpendapat keterbukaan kedua pemimpin itu menyuarakan kritikan membina secara terbuka, dan kesanggupan memohon maaf diatas masalah yang berlaku menguatkan lagi kerjasama antara pimpinan Pakatan Rakyat. Greenboc

15 comments:

Unknown said...

baguslah....

www.duniacacamarba.blogspot.com

Electrotech said...

Hidup rakyat!!

Anonymous said...

hai, saya antara yg teruja dengan gaya tuan berbicara dan penyokong tuan. tetapi adakah ianya gimik semata2. ini kerana banyak kali diwar2kan ttg bantuan untuk org miskin tegar tetapi macammana pelaksanaannya. dengar kata hanya 3 bulan sahaja wang disalurkan untuk pemohon yang lepas. dan apa perancangan selepas itu.ini kerana borang2 tidak sampai pada ketua kg ataupun jkkk utk program miskin tegar dan sebagainya.ttp terpaksa diambil di pejabat daerah yg tentunya menyusahkan penduduk kampung dengan karenah birokrasi penghulu dan stafnya. tambah menyulitkan penghulu dulunya kebanyakan adalah penyokong pembangkang(bn)dan dilantik bn. so macammana bantuan dapat diberikan sekiranya untuk ambil borang terpaksa menunggu dan terus paskan pada org lain dan org lain.apa salahnya jika borang terus pada ketua jkkk kg. bukankah ini lebih mudah?saya sangat sakit hati apb penghulu mendedahkan bantuan miskin tegar hanyalah gimik murahan. nak ambil borang pun antara nak bagi dan tak nak bagi.kalu macam ni apa patut dibuat. antara tukar km ataupun penghulu yang sepatutnya dibuat.saya sangat kecewa tentunya kerana jalan kg hanya diturap dilompang2 sahaja dan nampak sangat teruk keadaan tar yang bertompok2. keadaan ini amatlah memalukan saya yang merupakan penyokong kuat pakatan rakyat. tambahan pula kunci bangunan pula dipegang oleh pegawai daerah. macammana ketua kg@jkkk nak buat kerja sedangkan kunci bangunan kerajaan negeri dipegang oleh pegawai daerah. nak jumpa pegawai daerah bukan senang. nak minta kunci kena tulis surat dulu. lepas 2 kalau nak buat aktivitimingguan, tiap2 minggu kena minta pada pegawai daerah. bukankah bodoh namanya,so samada tukarkan km ataupun tukarkan pegawai daerah????.akhir sekali saya minta maaf andainya terkasar bahasa.sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Hai yb, saya antara yang dipaksa berpindah ekoran dari pembesaran jalan raya dan juga jalan keretapi di alma, bukit mertajam, pulau pinang. mmgla bagus konsepnya tetapi bagi saya yang sudah lama berniaga disitu terasa amat membebankan kerana kami terpaksa pindah dan terpaksa alami kerugian yang besar kerana:
1-pelanggan tetap akan hilang
2-bayaran sewa di tempat lain mahal.
3-terpaksa renovate tempat baru.
4-kerosakan barang2 akibat perpindahan.
5-wang yang banyak terpaksa dikeluarkan.
dan bermacam2 lagi kesusahan yang kami akan hadapi.
Saya amat berharap yb dapat selesaikan hal ini kerana hari ini isnin 22/6/2009, umno diketuai musa alfadzil datang memberi penerangan sedangkan surat pun tidak diberikan pada saya sebagai salah seorang yang akan dipindahkan. main redah je depa nie.
Saya sangat risau dengan amaun yang akan kami dapat dari perpindahan ini.
saya amat berharap yb dapat menggantikan tempat yang sesuai untuk kami berniaga.
saya hanyalah peniaga kecil-kecilan yang membuka kedai sendiri untuk mencari makan.
yang peliknya kes ni, saya masih belum terima surat apapun mengenai projek ini, pelik sungguh, umno buat kerja macam di zaman purba, apa satu surat pun tak ada mengenai projek ini.tiba2 dinilai oleh pihak ????.harap yb tolonglah kami peniaga kecil di pulau pinang.
Sekian sahaja.terima kasih..

PPUNT said...

http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2009/07/jawab-jangan-tak-jawab-guan-eng.html

jawab la doll

lu jgn auta kuat

Anonymous said...

Amat malang sape2 yg pro pakatan rakyat yg kononnya berjuang untk rakyat! pemimpin2 berjuang utk masa depan sendiri..DAP pro komunis! ni la golongan yg tidak mahu sedar asal usul..bangsa yg tidak mahu bersyukur!

Anonymous said...

Quickly!!! visit this video, see how obnoxious treatment of suspect in custody.

http://advocateviews.blogspot.com/2009/07/replace-macc-with-truly-independent-one.html

Anonymous said...

Orang UMNO jangan cakap banyak nak bela melayu jika pemimpinnya sedniri berbahasa Inggeris.

Anonymous said...

Hei Pakatan Rakyat YB's berhenti bercakaranlah buat kerja dan jangan masuk campur dalam hal Pegawai Pentadbiran Negeri.

alamalikut said...

Salam sejahtera kepada YAB Lim Guan Eng, selaku Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang dilantik, kami dengan ini memohon keatas pentadbiran negeri Pulau Pinang supaya satu jawatan yang diberi nama “PENYELIA DUN” hendaklah diujudkan bagi memastikan satu sistem pentadbiran yang lebih telus dan adil dapat dilaksankan.

Setelah hampir 2 tahun Pakatan Rakyat memerintah, kami mendapati terlalu banyak kesukaran dan masaalah yang timbul ketika menjalankan tugas dan tanggung-jawab kami sebagai JKKK. Kami terpaksa berhadapan dengan birokrasi yang sengaja diada-adakan oleh pihak berkuasa tempatan. Keadaan ini menjadi lebih buruk bila JKKK(P) diujudkan oleh pihak pusat yang sengaja bermotifkan politik.

Kuasa JKKK yang terhad, tidak dapat menembusi halangan yang diujudkan oleh pihak pihak tertentu dalam pentadbiran kerajaan tempatan. Ada kaki tangan pihak berkuasa tempatan yang masih memihak kepada pemerintah lama (UMNO/BN) tidak melayan permohonan,pertanyaan dan apa jua yang kami rancangkan kadang kadang tidak mendapat keutamaan, walaupun kami JKKK berkhidmat untuk masyarakat tidak pernah memilih status politik mereka.

Satu langkah berkesan perlu diambil bagi memastikan aspirasi dan jentera kerajaan Pakatan Rakyat dapat dimanfaatkan oleh rakyat Pulau Pinang. PENYELIA DUN bagi Pakatan Rakyat mesti diujudkan disemua DUN yang dimenangi oleh pihak UMNO/BN sebagai langkah mengimbangi gerak kerja UMNO/BN yang sememangnya didalangi oleh pusat beserta ADUn –ADUn mereka.

Seorang PENYELIA DUN yang diwatikahkan memikul tanggung-jawab sebagai penyelaras gerak kerja JKKK dan seterusnya membantu kerajaan negeri dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat kearah aspirasi Pakatan Rakyat. Oleh kerana itu, kami berharap pandangan kami keatas perjawatan ini hendaklah dipertimbang dan dilaksanakan secepat mungkin.

Anonymous said...

Kebanyakkan Counsellor Pakatan Rakyat tak nampak batang hidung, lagi nak lantik Penyelia DUN nanti banyak kacau daun.

Anonymous said...

YAB, Tak cuti kah hari Mengundi nanti.

Anonymous said...

Kenapa blog anda tak update

Anonymous said...

Saudara Badok bin Bodek,

Aku tabik kat hang la,hang adalah melayu yang pandai main wayang. Dulu masa BN memerintah hang banyak
buat duit, hang sapu bersih.La ni pulak hang lambung Guan Eng.Hang sama macam Md Tahir Marican,s/usaha
sulit YB.Adun Batu Uban,kaki sapu duit. masa dia jadi Setiausha UMNO bahagian Bayan Baru dia sapu projek
projek dalam Bayan Baru. La ni buat
kerja dengan YB ADUN Batu Uban, tunggulah masanya,dia nanti songlap
peruntukkan,macam hanglah juga badok ooii...

Hang kata semua orang UMNO tak betui dan tak amanah, tapi aku heranlah banyak orang orang UMNO yang dah diambil bekerja dengan PKR dan juga DAP, macam hampa ni tak tau buat kerja dan tak tau mentadbir negeri maupun kawasan.

Hampa semua ni sombong,tak mau akui
orang orang UMNO ni pandai buat kerja, kalau tak pasai apa hampa offer kat depa buat kerja untuk hampa.

Hampa ni memang pukimak,dok kata kat kami, tapi hampa lebih lagi hisap pisang tak buang kulit.. munafiklah hampa ni...

Anonymous said...

I'd say you need anchor text links back to your site to bring that traffic up a notch (or a grip). I provide an xRumer service that will help your website make you rich. Give me a hollar.

- Flash

google xrumer