5.8.08

Warkah Bisu Buat Lim Guan Eng

Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,
Kelantan.

5 Syaaban 1429 / 6 Ogos 2008

Ke Majlis :
YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Merangkap Setiausaha Agung DAP

YAB,

KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas merupakan salah seorang penyokong kepada Pakatan Rakyat.

Diucapkan tahniah kepada YAB yang telah berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini hamper mencecah 5 bulan. Era peralihan kuasa daripada Tan Sri Koh Tsu Koon kepada YAB telah memberi harapan baru kepada masyarakat Islam dan melayu khususnya di Pulau Pinang, walaupun pada awalnya dimomokkan dengan pelbagai keburukan oleh media-media yang selamanya berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

LAGI

2 comments:

Muhammad Noornaimy Bin Ahmad Naim said...

Salam sejahtera YAB Lim Guan Eng. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah diatas kesabaran YAB menanggung segala jerih & payah sebagai Ketua Menteri P.Pinang. Tahniah saya ucapkan kerana terus bertahan & Pakatan Rakyat semakin teguh. YAB. Saya tidak pasti sama-ada YAB akan membaca luahan saya ini. Saya mempunyai seorang sahabat dimana beliau telah menerima musibah dari Allah s.w.t. Pada bulan 2 dahulu, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya hingga mengakibatkan kenderaan beliau total lost. Tetapi alhamdulillah, beliau selamat. Tetapi, ketika ini pula, beliau diuji sekali lagi kerana anak beliau Adik NUR AISHA SOFIA BT MOHD HUSAIF yang berusia 9 bulan dan masih belum mengenali dunia, menghadapi masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dgn sempurna.

Mengikut Doktor yg merawat, anak beliau dikehendaki menjalani pembedahan secepat mungkin. Dan kos yg perlu ditanggung untuk pembedahan ini berjumlah RM45,000. Menurut bapa bayi tersebut, operation kena di lakukan segera dalam tempoh 2 minggu kerana bimbang tidak dapat di selamatkan lagi. Bayi ini kini berada di wad kanak-kanak C1 , Hospital Besar, Pulau Pinang. Bapa beliau boleh dihubungi di talian 0174534705. Saya selaku pengundi Pakatan Rakyat walaupun bukan di Pulau Pinang & selaku Ahli Persatuan Pemilik Kereta Proton Savvy Bahagian Utara memohon jasa baik YAB Lim Guan Eng membantu sahabat saya ini. Saya berjanji akan terus membantu Pakatan Rakyat selagi yang mampu. Tolonglah YAB. Tolong lah bantu bayi ini. Sekian, Salam Sejahtera.

Sila lihat artikel di laman web dibawah...

http://www.savocnru.net/v1/forum/viewthread.php?thread_id=1520&rowstart=0

Anonymous said...

Sdra. Muhammad Noornaimy,

Saya nak tanya saudara, Guan Eng dah bantu ke? berapa ribu yang dia dah bagi untuk bantu adik nur aisha
saudara ampu kuat sangat, kalau guan eng tak bagi memanglah tak patut.

Tapi...setahu saya..peruntukkan bantuan kepada Pelajar Melayu pun dia potong dan bagi kat pelajar cina..macam mana dia nak bantu adik melayu ni.

Saudara buka anak jati P.Pinang, manalah tahu, saudara hanya tahu mengampu sahaja. Lebih baik saudara bawa adik itu ke Sri Pentas TV3 yang banyak membuat jasa
kepada rakyat daripada saudara merayu atau melutut kepada Guan Eng yang anti Melayu dan anti Islam
dan bersandiwara dengan hadith hadith bagi mengabui mata umat islam dan bangsa melayu konon nya dia menghormati Melayu dan Islam.
Cuba tanya guan eng mengenai hasrat PAS ujud Negara Islam..pasti
dia tak setuju...jadi janganlah jadikan guan eng idola saudara... ingatlah pada Allah Yang Maha Esa.
Berdoalah kepada Allah untuk kesejahteraan adik Nur Aisha.. bukan nya melutut dan merayu kepada kafirin..fikir fikirkan lah.