9.10.08

Abdullah dipaksa berundur...-malaysiakini

Pemimpin- pemimpin parti pembangkang memberikan reaksi yang berbeza terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.Bernama memetik beliau sebagai berkata, pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

"Berbeza daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah dipaksa berundur," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata ironinya, orang ramai lebih menghormati Abdullah berbanding parti Umno, kerana beliau dilihat sebagai "orang yang memiliki hasrat yang baik, yang mungkin seorang daripada beberapa kerat pemimpin bersih yang masih tinggal dalam Umno".

"Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalahguna kuasa," tambahnya. Sudah terlambat

Selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam, Abdullah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatanya sebagai presiden Umno, dan akan meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Mac tahun depan.
Sementara itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan perdana menteri itu sebagai "sesuatu yang sudah terlambat".

"Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang," katanya kepada pemberita.Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.

Kerajaan Kedah pimpinan PAS puls berharap pengganti Abdullah nanti akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

Hubungan baik

"Saya tidak mahu menjaga tepi kain orang dan perkara itu (keputusan Abdullah) adalah masalah Umno," katanya dan menambah, Kedah mempunyai hubungan baik dan mesra dengan kerajaan persekutuan, dan menganggap Abdullah sebagai pemimpin kerajaan yang menunjukkan contoh terbaik dalam hubungan antara Umno dan PAS.

"Bagaimanapun jika sudah sampai masa bagi Abdullah meletak jawatan ia sepatutnya melakukannya kerana pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa," kata Azizan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sukar bagi Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan, sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya semalam, berbanding ketika beliau memperolehi mandat besar pada pilihan raya Mac 2004.

"Namun begitu tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia untuk melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas," menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan mulai mesyuarat kabinet hari ini, dan juga pada hari pertama Parlimen bersambung pada 13 Oktober ini, dan menurutnya ia adalah pengunduran terhormat bagi Perdana Menteri kelima itu.

17 comments:

cucupakkasim said...

saya juga berharap agar pentadbir baru dapat menyalurkan peruntukan-peruntukan yang sememangnya ada biar pun kerusi itu milik pembangkang,tetapi peruntukan tersebut selalunya di guna untuk perkara-perkara yang bullshit..

Seal in Astral said...

you are the right man... hope even GERAKAN & MCA will join PR. Cant hope on MIC.

Anonymous said...

PULAU PINANG, 15 Okt (Hrkh) - Pulau Pinang bakal menjadi negeri pertama membekalkan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat untuk menyenangkan perhubungan sama ada dalam bidang pendidikan, perniagaan, sukan, sosial dan sebagainya kata, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Soalan - Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan WI-FI di seluruh Pulau Pinang? Adakah ia akan dipasang di tempat tempat awam sahaja tidak dikawasan perumahan?
Boleh tak saudara Guan Eng ulas lebih lanjut mengenainya dari segi pemasangan,program dan tender?

penjualubat said...

Tahniah CM, Naib Presiden PAS Hj. Mohammad Sabu dalam ceramahnya di rumah Datuk Sri Anwar Ibrahim dekat Cerok Tok Kun, Bkt. Mertajam semalam telah meletakkan kepimpinan DAP berada dinombor satu dalam usaha membenteras rasuah dan perkhidmatan kepada rakyat. Teruskan usaha murni anda.

Torayk said...

Dear YAB Lim Guan Eng,

Please ask MPSP to immediately repair the Prai Industrial road which is in front of TayarMart. The road post serious dangers to motorcylist especially during night time.

The road already damage for more than one month but am very very angry with the sleeping MPSP.

Thank you

Seal in Astral said...

Why not Selangor government start removing the road signs that has JAWI in it and just put it in MALAY as they said “claimed that the council’s move would jeopardise the position of Bahasa Malaysia as the country’s national language.” And sue Johor for using the same?

Ibnu Hasyim said...

ANTARA pandangan saya (Ibnu Hasyim) yang ada kaitan dengan YB Lim Guan Eng ialah:

1...Thursday, May 15, 2008 Guan Eng: PP Hilang Pelabur RM1 Billion Kerana BN...
2... Sunday, August 24, 2008 DAP Perlukan Orang Melayu, Kita kena Sokong?
3… August07, 2008 Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO Kafir?
4… Wednesday, August 13, 2008 Mengapa Guan Eng Pilih Umar, Tidak Muawiyah?
5… Sunday, August 10, 2008 Siapa Guan Eng, Berbanding Umar Abdul Aziz?
6…Wednesday, November 5, 2008 Kalau Lim Guan Eng Baca Ayat Ini… Terbaru!!

Harap maklum kepada YB.

dari Ibnu Hasyim
Nov5, 2008- KL.Penang

Anonymous said...

Hello YB,

You sokong atau tidak, negara ini jadi negara Islam?

I nak you jawab seikhlas hati...

Tq maaa

Anonymous said...

Mr. Lim Guan eng,

I don't know to contact you. So i drop my question at here to get your attention and as a reminder to you.

Do you still remember the issue with
Wives of Penang Assemblymen and MPs Welfare and Charity Organization (BAKTI), may i know what the latest investigation and your action to chase back the money at this organization?

As your usual style, you like to make press conference, so i wish to see your answer very soon.

abah said...

I wish to write to you next time.

Anonymous said...

hello LGE,

U're talking cronism, nepotism-but also give more contract to chinese.if most contract goes to chinese, material (60%) from chinese, the rest melayu, india etc got nothing. If this happen, after 10 years melayu and other will become parya. then u will see nxt 1969 or what happen in Indonesia will happen here.

antiracist

Hamba Allah S.W.T said...

Negara Malaysia terkenal dengan SEJARAH melayu! i think you tak patut senang2 ubah nak letak 3 bahasa or 4 bahasa or 10 bahasa dalam papan tanda jalan! please hormat kaum melayu! cuba you fikir, kalau kita di negera china, papan tanda bahasa china, kalau kita pergi negara india, papan tanda bahasa india, kalau kita pergi arab, papan tanda bahasa arab! antara ke empat2 negara itu, adakah ada bahasa melayu? bukan saya nak cetek pemikiran tetapi apabila kita hendak melakukan sesuatu, biarlah kita fikir akan semua pihak! jangan kita pentingkan diri kita atau .... tetapi just hormat sejarah melayu!

chinese will always be "cina" said...

why there is no dap-pkr-pas government in penang?
I think members of PR should consider the word of "Pakatan Rakyat" as there is no such thing in penang.
Think Before You Throw

Faizal Zakaria's Blog said...

Dia akan berundur bila tiba masanya lah :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Dear YB,

Is perhaps time to reveal the prices of petrol again. Someone must speak agains the Federal Govt!

There are many ignorant Malaysians that do not know RM1.80 is still highly over-price.

Is time for PR to CHAMPION the rights of ordinary Malaysian again!!

Faqih's Politician said...

Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, http://faqihpolitician.blogspot.com

sniper said...

TUAN DAN ANWAR perlu bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di Perak.

Anwar gagal menjaga dua kambing beliau, dan tuan juga gagal jaga seekor babi (terpulang mana yang sesuai babi atau lembu)..

Kegagalan Tuan dan Anwar perlu ditebus dengan memastikan ketiga-tiga pengkhianat itu melepaskan jawatan Adun agar PRK boleh diadakan.

Hanya dengan cara itu tuan dan anwar boleh menebus kegagalan menjaga anak buah sendiri.