"Memang telah diduga Umno akan memainkan isu ini kerana diri saya seorang berbangsa Cina bukan Melayu..."Sidang Media Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan para wartawan sempena setahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan transkrip penuhnya disediakan oleh Wartawan Harakah Mohd Sabri Said.
Wartawan: Sejak pemeritahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang isu yang diperkatakan sejak awal lagi oleh pembangkang terutamanya Umno ialah orang melayu akan kerugian dan ketinggalan di bawah Ketua Menteri dari parti DAP. Apa pandangan YB?
KM: Memang telah diduga Umno akan memainkan isu ini kerana diri saya seorang berbangsa Cina bukan Melayu. Tapi untuk pengetahuan Umno saya lain daripada Barisan Nasional (BN) kerana saya membawa agenda bertentangan dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN.Agenda saya ialah untuk membantu membasmikan kemiskinan tegar yang secara jelas membantu masyarakat melayu kerana masyarakat ini ketara berbanding bangsa lain di Pulau Pinang.
Walaupun saya tidak pernah sebut ia bermatlamat untuk pembangunan orang melayu tetapi pada hakikatnya ia bermanafaat terhadap 90 peratus mereka yang berada di tahap tersebut. Dulu, di era kepimpinan Umno yang kononya menjadi tunjang politik melayu mereka sengaja membiarkan orang melayu tersisih dan ada kalanya menggunakan kemiskinan mereka untuk kepentingan politik ketika pilihanraya.
Mereka boleh beri apa saja untuk mengaut undi.Kerajaan Pakatan Rakyat tidak begitu malahan sentiasa mencari kaedah terbaru membantu golongan sasar supaya orang melayu dinaik tarafkan tidak lagi ditipu oleh pemimpin sendiri maka dalam aspek itu kita merasa betapa pentingnya kempen miskin tegar.
Saya juga berharap Pusat Urus Zakat (PUZ) dapat meniru apa yang dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor yang memberikan RM3,000 kepada keluarga Islam yang diberhentikan kerja. Kerajaan tetap akan berusaha mengatasi tahap yang dikatakan miskin tegar iaitu RM400.00 sebulan kepada sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan.
Bantuan kewangan RM100.00 rebat air kepaa 170,000 keluarga miskin juga dilihat sebagai usaha kerajaan merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin.
Soalan: Untuk mencapai matlamat itu serta pembangunan lain demi memajukan Pulau Pinang Kerajaan Pakatan Rakyat dikatakan sanggup berkonfrontasi dengan mana-mana pihak untuk memastikan manfaat yang wajar diterima oleh anak negeri ini. Betulkah begitu?
KM: Betul...! hasil konfrontasi dengan MMC-Gamuda JV yang melaksanakan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerajaan memperolehi wang hasil denda yang dikenakan sebanyak RM4.2 juta. Di samping itu juga Jabatan Parit dan Saliran (JPS) mendapat RM3,200.000. Yuran tanah sebanyak RM33,000.00 dan yuran perancangan sebanyak RM3,200 setelah selesai projek yang menghubungkan Ipoh ke Padang Besar.
Kerajaan mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberhentikan segera pembinaan projek bernilai RM12.5 billion kerana pembinaan itu mengakibatkan banjir serta memastikan pembayaran ganti rugi dilaksanakan dengan sempurna.Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selama lima tahun kebelakangan ini tidak pernah membayar royalti kepada Kerajaan Negeri tetapi setelah didesak akhirnya Dato' Seri OngTee Keat sebagai Menteri Penggangkutan menasihatkan PPSB membayar balik RM6.6 juta dalam tempuh lapan bulan sahaja.
Begitu juga dengan tunggakan cukai pintu Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP) yang tidak dikutip dengan berkesan. Tetapi, setelah didesak maka MPSP terpaksa melaksanakan amanah itu demi menambah baik kedudukan kewanganya termasuk tunggakan cukai pintu terhadap beberapa bangunan Umno dan MCA bernilai RM238,632.17.
Soalan : Bercakap tentang penjimatan berapa anggaran kos yang telah berjaya Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan berbanding BN dulunya?
KM : Kerajaan BN berbelanja ikut kemahuan tetapi Pakatan Rakyat ikut kemampuan malah lebih berjimat jika perlu. Keretapi Bukit Bendera sebagai contoh kerja-kerja pembaikan telah dilakukan dengan hanya memakan belanja RM330.533.63.
Akhirnya baik pulih itu mengambil masa dua bulan dengan hanya RM589 466.37 iaitu kontraktor yang dilantik hasil tender terbuka berbanding enam bulan yang di tawaran tiga buah syarikat lagi yang masing-masing mengemukakan tender berjumlah RM1.46 juta, RM1.32 juta dan RM920.000.
Projek berkenaan siap sepenuhnya pada 19 Disemebr 2008.Begitu juga dengan pembayaran insuran premiun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Berhad (PBAPPB) RM500,000 setahun. Di mana setelah kerajaan meminta syarikat insuran untuk menawarkan Non Claim Bonus (NCB) iaitu amalan biasa dalam industri terbabit.Kerajaan Negeri juga dapat menjimatkan RM500.000 hasil pembatalan tempahan lima buah kereta proton Perdana.Mesyuarat dan Expo Pelancungan Pelaburan Asia Pasifik (APTIC) yang dulu menjadi medan perbelanjaan luar biasa kini tiada lagi kerana Kerajaan Pakatan Rakyat hanya mengeluarkan 1/3 perbelanjaan berbanding BN yang mana perjimatan RM51,291.00 boleh diatasi.
Cara mengurangkan perbelanjaan (APTIC) tiada lain semua 52 anggota yang menyertai delegasi membiayai perbelanjaan sendiri tidak termasuk enam orang pegawai ditaja oleh Invest Penang. Perbelanjaan seperti tiket penerbangan dan insuran hanyalah RM22,882.00, penginapan RM9,500.00 yang mana ia hanya berjumlah RM32.000Kerajaan dulu yang berbelanja bersama 55 anggota delegasi ke India dari 5 Mac - 9 Mac 2007 memakan belanja RM83,000.00 termasuk perbelanjaan tujuh pegawai kerajaan dan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Soon.
Soalan: Adakah cara tender terbuka memberi keuntungan berbanding cara lama yang dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu?
KM: Pelaksanaan itu amat memberangsangkan malah Kerajaan Persekutuan pula bertindak menjadi pengikut Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan projek Jambatan Pulau Pinang sedangkan pada permulaanya Kerajaan Persekutuan sering mengutuk.Walaupun ahli Umno mengadakan piket aman di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) selepas Pakatan Rakyat kuasai negeri ini namun semua itu mainan politik yang tersembunyi kerana mereka yang menjadi dalang kita tahu siapa sebenarnya mereka. Siapa lagi jika bukan kepimpinan yang mengaut keuntungan sehingga boleh hidup mewah padahal rakyat bawahan hidup dalam keperitan, kesengsaraan dan kepayahan.
Soalan: Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemajuan supaya rakyat sama-sama menikmati pembangunan?
KM: Antara projek terkini ialah Wi-Fi secara percuma yang dilancarkan baru-baru ini di Komplek Membeli Belah Sunway Karnival, Seberang Jaya.Ia bukan sahaja memberi kemudahan pada semua rakyat yang sering berurusan secara internet malahan pelajar turut terasa apabila boleh menambah ilmu cara terbaru selain bacaan dan sebagainya.
Menghulurkan bantuan kebajikan kebakaran, banjir dan bencana alam lain dalam tempuh 24 jam, bantuan kewangan RM100.00 rebat air kepada 170.000 keluarga miskin tanpa melihat rupa kulit, jantina atau agama.Kerajaan juga membenarkan pemilik rumah pangsa kos rendah dan sederhana menukar hak milik tanah keapda pegangan bebas tanpa membayar premiun tanah yang membebankan.Memasang papan tanda jalan dalam berbagai bahasa serta memberi nafas baru kepada KOMTAR yang seakan 'nyawa-nyawa ikan' di zaman pemerintahan BN.
Membatalkan cadangan Kerajaan terdahulu memindahkan pusat pentadbiran dari KOMTAR ke Bayan Mutiara, menubuhkan jawatankuasa pemantau pembinaan di lereng bukit yang diketuai oleh ahli profesional serta membesarkan projek Empangan Mengkuang dan Jabatan Kedua Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan
Soalan: Akhir sekali selain dari itu apa lagi yang diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri yang membabitkan polisi?
KM: Polisi Kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat tentulah berlainan daripada bayangan Kerajaan BN dulu yang asyik menimba keuntungan samada melalui Adun atau Wakil Majlis Tempatan.Sejak tahun lalu Kerajaan Pakatan Rakyat tidak membenarkan amalan Exco, Adun, Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Tempatan memohon tanah serta mengenakan syarat lebih ketat dalam kurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan. - azm _